Pages

Thursday 9 October 2008

Berhari raya di kampung

Rasanya dah lama betul aku tak kemaskini blog ni. Anak2 pun besar. Jadi untuk entri kali ni just nak update on hari raya lepas.

Irfan dan Syafiq bergambar depan rumah moyangnya. Dorang panggil moyang dia dengan nama "Nyang".

Irfan tengah bergurau dengan Ayah Su nya. Ayah Su tu adalah adik aku yang bongsu. Dia baru sahaja berkahwin pada 3hb Oktober 2008 (hari raya ke-3) yang lepas.

Irfan sekarang ni dah pun berumur 2 tahun. Cukup lasak dan nakal. Suka nyakat sepupu2 dia.

Dari kiri: Allya, Irfan, Syafiq. Gambar ni pulak diambil di hadapan rumah mertuaku di Semenyih, Selangor, pada hari raya yang pertama.

Kami pulang ke kampung belah family aku pada hari raya yg ke-2. Gambar2 diatas diambil masa berhari-raya di kampung pada Aidilfitri 2008 yang lepas.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.