Sunday, 29 January 2012

Langkah pertama Danish

Setelah berumur lebih kurang setahun sebulan, hari ini adalah hari pertama Danish memulakan langkah pertamanya untuk berjalan tanpa bantuan dari sesiapa.

Dua minggu sudah, Danish dah mula berdiri sendiri tapi masih takut untuk melangkah. Kalau ikutkan abang-abang dan kakaknya, umur mereka 11 bulan sudah mula berjalan tapi Danish menunggu hingga mencapai umur setahun baru berani nak memulakan langkah.

Tahniah untuk Danish. Mummy and Daddy proud of you.


posted from Bloggeroid

Saturday, 28 January 2012

Boyz day out.

Hari ni aku bawa anak-anak keluar minum sambil tengok bola kat Old Town White Coffee, Gombak Prima. Yang tinggal kat rumah, Mummy, Allya, dan Danish (belum boleh join abang-abang dia).

Game malam ni antara Liverpool vs Man United untuk FA Cup 2011/2012. Game start pukul 8:45pm dan kami sampai on the dot. Duduk je, game terus start.

Yang join kami untuk minum-minum sambil tengok bola ni adalah pak saudara dorang, Ayah Chik (Hasmani) dan Ayah Su (Apit).

Game malam ni berpihak kepada Liverpool yang mengalahkan Man United, 2-1. Terlepas lagi FA Cup tahun ni.

Sekian.


posted from Bloggeroid

Tuesday, 24 January 2012

Tutti Frutti

Hari ni aku merealisasikan permintaan isteri dan anak-anak untuk makan di Tutti Frutti. Kami ke outlet yang terletak di Gombak Prima yang berdekatan dengan rumah kami. Best jugak sesekali makan ais kerim macam ni.






Sekian.

Monday, 23 January 2012

Mendaki Bukit Broga

Hari ni kami ke Broga Hill yang terletak di daerah Semenyih. Aku bersama isteri dan Syafiq, Allya (Irfan, Aqil dan Danish tak ikut sama sebab masih kecik lagi - tinggal ngan nenek dia) telah mendaki Bukit Broga. Sebenarnya kami dah lama plan untuk ke sini dan kesempatan cuti tahun baru cina ini kami gunakan untuk merealisasikan plan kami sebelum ini.

Selepas subuh, kami terus bertolak ke Bukit Broga yang tak berapa jauh dari rumah ibu mertuaku. Kami sampai lebih kurang pukul 6:50am dan sudah ada ramai orang yang sudah mula bergerak ke puncak bukit. Mujur aku bawak lampu suluh kecik LED sebab suasana masih lagi gelap.

Tujuan kami ke sini adalah untuk menghirup udara segar, mengeluarkan peluh, dan juga untuk aku mengambil gambar pemandangan di sini.

Kami mula berjalan untuk mendaki Bukit Broga bermula dari jam 7:00am. Dari tempat parking kereta (bayaran RM2 dikenakan untuk tempat letak kereta) sejauh lebih 1.7km ke puncak Bukit Broga ni. Laluan ke puncak agak sukar juga bagi pendaki amatur macam kami sekeluarga. Oleh kerana malam tadi hujan turun maka laluan agak licin. Kena berhati-hati bila melangkah jika tidak boleh mendatangkan kecederaan pada buku lali dan lutut.

Objektif kami ke Bukit Broga ini dikira berjaya sebab semua tujuan tadi dapat dilaksanakan dengan jayanya. Udara di situ memang segar. Dapat juga kami lari dari hiruk pikuk bandaraya. Memang berpeluh jugaklah nak naik ke bukit tu. Dan pemandangan di sini amat cantik sekali. Semuanya telah dicapture dengan menggunakan kamera handphone dan kamera DSLR.

Kami berehat dan berhenti lebih kurang 3/4 pendakian sebab Allya dah tak larat dan kami sudah mendaki selama 1 jam 30 minit. Dari tempat kami berhenti ada dua lagi cerun tinggi untuk sampai ke puncak. Ramai yang berhenti di tempat kami berehat dan ramai juga yang berhenti rehat sambil bersarapan ringan.

Kami bergerak turun lebih kurang jam 9:20am setelah berehat selamat 30 minit. Menurun dari Bukit Broga juga agak sukar kerana memerlukan kekuatan lutut untuk melangkah turun. Kami sampai semula ke tempat parking lebih kurang dalam pukul 10:00am.

Berdekatan dengan Bukit Broga (di kaki bukit) ini adalah tempat yang kami pernah datang dulu iaitu Rabbit Fun Land.

Sekian.
























Sunday, 22 January 2012

Colmar Tropicana


Hari ni aku bawa isteri dan anak-anak untuk berjalan-jalan di Colmar Tropicana yang terletak di Bukit Tinggi sempena cuti Tahun Baru Cina. Perjalanan lebih kurang 1 jam kalau dari Tol Gombak. Nasib baik jalan clear dan tak sibuk dengan kenderaan yang menghala ke pantai timur untuk bercuti di kampung.

Kami bertolak dari rumah lebih kurang dalam pukul 12pm dan sampai di tempat yang dituju lebih kurang pukul 1pm. Bayaran untuk masuk ke Colmar Tropicana ni adalah RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak yang berumur dari 4 tahun hingga 12 tahun.

Sebenarnya sudah beberapa kali kami ke sini tapi dengan jumlah family yang berlainan. Pertama kali kalau tak silap semasa Irfan masih baby. Kali kedua pula semasa Aqil masih baby. Dan kali ini iaitu kali ketiga masa Danish masih baby.

Basically tak banyak yang berubah sejak pertama kali ke sini cuma saja je nak bawak anak-anak berjalan-jalan dan bergambar sahaja.

Sekian.