Pages

Tuesday 29 May 2012

Danish sakit

Hari ini penulis terpaksa ambik cuti kecemasan sebab nak kena hantar Danish ke klinik. Malam tadi Danish tak dapat tidur dengan nyenyak. Batuk-batuk dan muntah-muntah. Badan pun panas.

Malam tadi dah bawak pergi jumpa doktor untuk rawatan sebab dah ada tanda-tanda dia nak demam. Doktor kata ada kahak daam paru-paru. Doktor bagi sedut gas untuk mencairkan kahak.

Seperti yang dijangka, dalam paru-parunya masih ada lendir kahak. Itu sebab dia bernafas laju dan bila batuk pun macam tak lepas aje. Doktor bagi gas lagi untuk disedut.

Baru sekejap tadi dalam pukul 5pm, penulis sekali lagi bawa ke klinik untuk rawatan yang sama, sedutan gas bagi mencairkan kahak. Malam ini dalam pukul 9:30pm dijadualkan untuk datang lagi ke klinik untuk rawatan yang sama.

Walaupun masih bernafas laju, Danish masih aktif bermain dengan ubat-ubatnya yang doktor bagi malam tadi. Harap-harap malam ni Danish akan beransur pulih.

Sekian.

Danish duk main dengan ubat yang dia dapat.
Jangan bagi tumpah dah ler.
Tutup kuat-kuat ye Danish
Dah habis main dengan ubat, simpan elok-elok ye Danish.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.