Pages

Sunday 20 January 2013

Hari basikal

Hari ni aku berjaya juga buang basikal anak-anak yang dah lama tak pakai. Basikal yang rosak dan masih boleh dibaiki, aku hantar ke kedai basikal. Basikal ni adalah basikal yang pertama aku belikan untuk Amirul Syafiq (anak sulung aku dan kini dah masuk sekolah menengah) masa dia kecik lagi. Basikal ini akan dibaiki dan akan diambil alih oleh Amirul Irfan.

Irfan excited sebab basikal abang Syafiq bakal jadi miliknya.

Basikal yang dibuang adalah basikal Allya dan Irfan masa dorang kecik dulu. Tak boleh dibaiki lagi dan buat semak aje. Pernah jugak dulu baiki tapi rosak semula.

So, hari ni aku ambik keputusan untuk buang basikal yang lama dan tak boleh dibaiki lagi, baiki yang mana boleh baiki (untuk Irfan) dan belikan yang baru untuk Aqil dan Danish.

Pakcik yang biasa duk repair basikal ni.
Irfan bersama basikal "baru"nya.

Bukan main suka lagi si Danish bila dapat mainan baru dia. Aqil pun gembira sebab dia dah ada basikal sekarang. Aqil masih lagi tak berapa pandai nak kayuh. Takpelah.. lama-lama boleh la tu.

Irfan nak jugak bergambar dengan basikal dan mainan baru Aqil dan Danish.
Aqil dan Danish bersama mainan baru mereka. Looks so excited.

Sekian.

2 comments:

  1. huhu..teringat zmn kecik2 msa first time dpt basikal..
    skrg smua kna beli sndri..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa saya kecik tak pernah ada basikal. Kalau nak naik basikal pinjam kawan aje. Skg anak2 duk mintak utk beli basikal sebab tengok kawan2 ramai yang dah ada basikal.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.