Pages

Sunday 13 January 2013

Isteri ada dinner di Sunway Lagoon.

Malam tadi aku jadi babysitter kepada anak-anak sebab syarikat tempat wife bekerja buat annual dinner bertempat di Sunway Lagoon.

Lebih kurang pukul 6.45pm aku dan isteri bertolak dari rumah bersama Aqil dan Danish. Syafiq, Allya, dan Irfan di rumah. Sampai di Sunway Lagoon lebih kurang pukul 7.20pm. Target sampai sebelum 7.45pm. Nasib baik trafik tak ketat sangat. So, boleh sampai lebih awal.

On the way balik.. tu diaaa... punya la ketat trafik kat area Sunway ni. Nasib baik aku sampai rumah around 8.00pm. Then bawak anak-anak semua gi rumah parents untuk dinner dan lepak-lepak di sana.

Lebih kurang jam 11.30pm, wife call kata dinner about to end. Then kejut anak-anak mana yang dah tidur dan head to Sunway Lagoon again. Bukan untuk mandi-manda tapi untuk pick up wife aje.

Sementara tunggu wife keluar.. sempatlah aku snap dua gambar pemandangan di luar bangunan tempat dinner wife. Oleh kerana dah lewat malam, anak-anak semua dah tidur dalam kereta dan tak dapat tengok suasana kat Sunway Lagoon.

Sampai rumah dan jam 12.30am dan aku terus layan EPL (Stoke vs Chelsea - Chelsea menang 4 kosong).

Malam ni giliran Man Utd pulak untuk game for this weekend.

Glory Glory Man Utd !!!.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.