Pages

Saturday 19 January 2013

MAYBANK Malaysia Open 2013 Semi-Final


Pagi tadi dapat panggilan talipon dari adik. Dia (Cikgu Hafidz) ajak tengok badminton kat Bukit Jalil bersama dengan adik ipar, Chef Aswad (peminat tegar dunia badminton tanahair), sempena Maybank Malaysia Open 2013.

Sebenarnya tahun ni aku tak ikut sangat perkembangan dunia badminton Malaysia walaupun aku adalah peminat sukan badminton ni sebab.. hmm.. ada la sebabnya. Takleh bagitau kat sini, nanti kena tangkap.


Tahun ni dan tahun lepas Malaysian Open rasa macam hambar aje tanpa pemain-pemain dari negara China. Lin Dan dah lama tak beraksi di sini. Bagi aku pemain badminton No.1 dunia adalah Lin Dan (LD) walaupun Lee Chong Wei (LCW) di ranking No.1 berdasarkan kutipan mata Badminton World Federation (BWF). Selagi LCW tak dapat kalahkan LD dalam beberapa siri kejohanan dunia, selagi itulah aku tidak akan anggap LCW adalah pemain No.1 dunia. Ini adalah pandangan aku. Orang lain mungkin punyai pendapat yang berbeza.

Bila ada tawaran tengok live plus ada tiket percuma (dari mana pun aku tak pasti), aku tak menolak perlawaan Cikgu Hafidz, aku terus Google cari jadual perlawanan untuk hari ni 19hb Januari 2013 (semi-final).

Jadual perlawanan untuk semi-final


Baru sebentar tadi aku dapat lagi panggilan talipon dari Cikgu Hafidz. Dia bagitahu Chef Aswad tidak dapat ikut sama. Ada hal katanya. So yang akan pergi Bukit Jalil petang ni hanya aku berdua dengan adik dan seorang lagi kawan adik.

Oleh kerana game start pukul 2:00PM, kami bercadang untuk bertolak dari rumah pukul 1:00PM menaiki kereta kawan adik. Sebelum buat keputusan tadi, aku dah diskusi dengan isteri yang malam ni dia akan bawak anak-anak semua melepak di rumah parents. Balik dari stadium nanti aku akan terus ke rumah parents.

Kalau berkesempatan, aku akan cuba update suasana kat stadium nanti.

Sekian.

--
Sent via Samsung Mobile.

[UPDATE]
(Gambar yg diambil tidak berapa jelas kerana hanya menggunakan kamera phone).

Sekarang aku berada di Stadium Melawati, Bukit Jalil. Suasana kat sini agak meriah macam tahun-tahun lepas jugak. Hari ni macam biasa kelihatan kelibat supporter tegar Malaysia (Tok Mo) yang pakai uniform Jalur Gemilang, bendera Malaysia.


Game antara CHAN/GOH (MAL) vs MATEU/ZIEBA (POL).
Keputusan memihak kepada MALAYSIA (12-21, 21-18, 21-16).
Sementara tunggu game LCW vs Jan O Jorgensen, aku melepak kat luar sekejap tengok persekitaran stadium. Ada live band dari kumpulan apa ntah aku pun tak tahu.






Dapat jugak aku bergambar dengan Tok Mo setelah sekian lama.
Perlawanan antara GOH/LIM (MAL) vs KO/LEE (KOR).
Keputusan memihak kepada bergu KOREA (11-21, 15-21). 

Game yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Sorakan padu dari penyokong pemain badminton negara, Lee Chong Wei. Nampak LCW begitu yakin dengan permainannya berhadapan dengan pemain dari Denmark, Jan O Jorgensen.

Penyokong tegar LCW. Siap bawak sepanduk.
Tetapi di set yang kedua, LCW nampak goyah dan akhirnya tewas di set kedua. Di set penentuan LCW dapat juga menewaskan pemain dari Denmark, Jan O Jorgensen.
Perlawanan antara Lee Chong Wei vs Jan O Jorgensen.
Keputusan memihak kepada LCW (21-13,  17-21, 21-12).
Bergambar bersama kawan adik, Cikgu Faizul.

Bergambar bersama adik, Cikgu Hafidz.


KEPUTUSAN PENUH UNTUK SEMI-FINAL

COURT 1
WD
Misaki MATSUTOMO/Ayaka TAKAHASHI vs Shinta Mia SARI /Lei YAO
22-20, 21-14.

XD
Peng Soon CHAN/Liu Ying GOH vs Robert MATEUSIAK/Nadiezda ZIEBA
12-21, 21-18, 21-16.

WS
Tzu Ying TAI vs Saina NEHWAL
22-20, 21-14.

MD
V Shem GOH/Khim Wah LIM vs Sung Hyun KO/Yong Dae LEE
11-21, 14-21.

MS
Chong Wei LEE vs Jan O JORGENSEN
21-13, 17-21, 21-12.


COURT 2
WD
Yixin BAO/Qing TIAN vs Aprilsasi Putri LEJARSAR VARIELLA/Vita MARISSA
21-13, 21-17.

WS
Yeon Ju BAE vs Xue YAO
15-21, 18-21.

MS
Sony Dwi KUNCORO vs Kenichi TAGO
21-12, 19-21, 23-21.

MD
Biao CHAI/Xiaolong LIU vs Mohammad AHSAN/Hendra SETIAWAN
12-21, 11-21.

XD
Praveen JORDAN/Vita MARISSA vs Joachim FISCHER NIELSEN/Christinna PEDERSEN
14-21, 17-21.



No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.