Pages

Saturday 9 March 2013

ASBAC vs Kelab SUTERA


Malam tadi telah berlangsung satu perlawanan persahabatan badminton antara All Star Badminton Club (ASBAC - kelab badminton yang penulis sertai) dan Kelab SUTERA (kelab badminton artis Malaysia).

Perlawanan persahabatan ini telah dirancang sejak 3 minggu lepas lagi dimana pihak kami (ASBAC) telah membuat perbincangan dengan wakil kelab SUTERA, En. Izudin Elias, untuk mengadakan perlawanan persahabatan badminton ini.

Perlawanan ini telah diadakan di Pro One Badminton Centre, Wangsa Maju, di mana disinilah tempat ASBAC bermain badminton setiap minggu pada hari Jumaat.

Oleh kerana ASBAC menjadi tuan rumah untuk perlawanan persahabatan badminton ini, maka segala persiapan telah dirancang dan  disusun dengan rapi supaya  perlawanan ini berjalan dengan lancar. Antara persiapan yang dilakukan adalah penempahan gelanggang. Sebanyak 3 gelanggang telah ditempah. Penyusunan bergu yang akan bermain juga telah ditetapkan seminggu sebelum perlawanan. Air minuman, score sheet, dan cenderahati juga telah disediakan.

Sebelum memulakan perlawanan, kita bergambar dulu.
Sebanyak 8 bergu telah disediakan oleh pihak ASBAC. Memandangkan kelab SUTERA adalah terdiri dari orang-orang kenamaan dan juga artis maka mereka tidak dapat menyedia jumlah pemain seperti yang dirancangkan. Kelab SUTERA dapat menyediakan hanya 7 pemain sahaja. Ada diantara mereka mempunyai jadual aktiviti yang ketat dan tidak dapat hadir pada perlawanan kali ini. Walaupun apa pun, perlawanan persabahatan ini berjalan seperti yang dirancangkan.

Pemain ASBAC bergambar kenangan dengan pemain Kelab SUTERA bersama cenderahati dari pihak ASBAC.

Rata-rata pemain baik dari pihak ASBAC mahupun dari pihak SUTERA sangat berpuas-hati dengan aktiviti silaturahim malam tadi dan pihak SUTERA berhajat untuk membuat perlawanan timbal balik dengan menjadi tuan rumah pula pada masa akan datang.


Pemain ASBAC tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Fizz Fairuz.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pemain ASBAC kerana telah hadir dan bermain dengan baik malam tadi. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Nor Isham kerana menyediakan gambar-gambar hebat ini untuk dipaparkan disini.

Sekian.

Nota kaki:
ASBAC bukanlah satu kelab sukan badminton yang berdaftar. Ianya hanyalah sebuah kelab sukan yang ditubuhkan untuk para pemain yang rata-ratanya adalah pemain badminton amatur, beriadah untuk mengeluarkan peluh pada setiap hari Jumaat di Pro One Badminton Centre (Wangsa Maju) dari jam 23:00 hingga 01:30 di Court #11 dan #12.

Sent from my Samsung mobile.

4 comments:

  1. Aktiviti yg berjaya! !!!!!!
    Aktuviti sihat gak...keluar peluh

    ReplyDelete
  2. Nk tnya camne nk wt friendly ngan kelab sutera ye?
    Leh bg info x?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya tanya dulu contact person sama ada boleh bagi info ke tidak. Macam mana saya nak contact saudara? Boleh bagi email address?

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.