Tuesday, 22 July 2014

Lawatan ke Jepun

Suasana di stesen keratapi Umeda, Osaka.
Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Sudah lama penulis tidak menulis di blog ini. Agak sibuk sejak kebelakangan ini dengan kerja dan keluarga.

Pada Khamis minggu lepas 17hb Julai 2014, penulis terbang ke Jepun untuk satu lawatan kerja bersama dengan senior general manager yang berbangsa Jepun. Hari yang sama tragedi MH17. Isteri penulis agak risau dan tidak dapat tidur malam kerana mendapat berita mengenai MH17 yang telah ditembak di sekitar Rusia/Ukrain. Walaupun arah perjalanan agak berbeza tetapi hati seorang isteri yang resah selagi tidak dapat menghubungi suaminya.