Pages

Saturday 12 March 2016

Aquascape: Kawasan pergunungan


Assalamualaikum wbt..

Sejak kebelakangan ni, penulis dapat idea untuk ubah tangki ujian yang kedua dari tumbuhan tropikal kepada kawasan pergunungan. Jadi, penulis perlu dapatkan batu-batu yang sesuai dan disusun rapi membentuk seperti di kawasan pergunungan.

Kalau ikutkan boleh sahaja penulis pergi pilih-pilih dan beli batu-batu di kedai aquascape tapi kali ini penulis ingin cari sendiri dan buat rekabentuk yang menggunakan kos paling minima.

Pagi tadi semasa penulis nak ke kedai beli nasi kerabu untuk sarapan, penulis ternampak himpunan batu-batu di lereng bukit tempat di mana tangki air kawasan perumahan diletakkan (rujuk pada gambar diatas). Terus cepat-cepat penulis drive gi beli sarapan dan on the way balik, singgah di lereng bukit tadi dan pilih bentuk batu-batu yang sesuai.

Inilah hasil kutipan penulis batu-batu dari lereng bukit di kawasan perumahan.


Setelah dibasuh dan direndam air garam, penulis memerhatikan setiap batu yang dikutip tadi dan diasingkan untuk dipilih dan dijadikan hiasan didalam akuarium.

Memang sukar sebenarnya sebab penulis perlu menyusun batu-batu tersebut supaya sesuai dengan kehendak penulis menampakkan pemandangan seperti di kawasan pergunungan.



Lebihan pasir dari tangki utama penulis ditabur di dasar tangki ujian kedua dan batu-batu disusun rapi dan dipastikan kedudukannya tetap dan tidak bergerak. Ada sedikit ruang yang penulis berikan kepada salur sedut pam. Setelah puashati dengan susunan batu-batu, penulis memasukkan air dengan kaedah seperti yang diajarkan supaya pasir tidak banyak bergerak.

Pam dipasang dan dibiarkan mengalirkan air supaya air menjadi jernih. Ikan-ikan akan dimasukkan kemudian selepas 2 jam air dalam tangki dikitar.


Inilah hasilnya dan penulis sangat berpuas-hati kerana tiada satu sen pun dikeluarkan untuk setup tangki landskap aqua kawasan pergunungan ini. Mungkin anda boleh beri komen untuk menampakkan idea aquascape ini lebih realistik.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.