Pages

Saturday 12 March 2016

Aquascape: Ikan baru


Assalamualaikum wbt..

Petang tadi penulis ke kedai ikan untuk membeli ikan yang sesuai untuk diletakkan didalam tangki ujian kedua iaitu ikan neon tetra dan red barb. Ikan-ikan yang sedia ada, penulis telah alihkan ke tangki ujian pertama.

Pada awalnya ikan-ikan baru ini nampak liar bila berada di dalam tangki ujian kedua. Mungkin disebabkan terkejut dengan tempat baru dan cantik ini. Lama kelamaan ikan-ikan tu nampak agak selesa dan siap bermain-main dengan pokok-pokok akuatik yang ditanam oleh penulis di "kaki gunung".

Neon tetra dan Red barb
Pengcahayaan dengan lampu warna biru
Tangki ujian pertama yang penuh sesak dengan ikan sebab sebahagiannya telah dialihkan dari tangki ujian kedua.


Esok penulis akan pulang ke kampung selama 4 hari. Ntahlah apa akan jadi dengan tangki-tangki aquascape penulis ini. Segala persiapan seperti tukar air baru, pengcahayaan yang diatur mengikut waktu siang dan malam, cecair aqua bac, stop algae, dan clear fast telah diletakkan mengikut sukatan yang diajarkan.

Harap-harap tiada apa yang berlaku seperti tiada letrik dan sebagainya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.