Pages

Friday 25 August 2017

Aquascape: Tangki baru (Tank2 Aug 2017)


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ni penulis nak cerita sikit pasal tangki laman aqua yang baru penulis buat. Kali ini berkonsepkan bukit batu ditepi pantai (belasah je ni).

Sebelum ni dalam percubaan awal (dalam proses belajar tentang aquascape), penulis cuba setup tangki yang berkonsepkan pokok bonsai tapi tak berapa nak menjadi. Tangki tu penulis masih maintain seperti biasa.

Kali ni bila dah ada ilmu sikit-sikit, penulis cuba setup satu lagi tangki sebagai koleksi. Penulis akan hanya tunjukkan langkah-langkah yang penulis lakukan dengan menyertakan gambar sahaja. Penulis tak pandai nak describe secara terperinci.

Susun batu-batu pada tanah dan pasir.
Pandangan dari sudut atas.
Masukkan air dan tanam pokok-pokok akuatik serta lekatkan moss guna gam. Pasang pam dan penapis serta setup gas CO2.
Setelah 2 minggu beroperasi, masukkan ikan.
Pandangan dari sudut kanan sikit.

Untuk tangki ini, penulis menggunakan..

  1. Tangki yang bersaiz 30cm (P) x 30cm (L) x 30cm (T). Harganya dalam RM35.
  2. Batu pulak penulis beli dari kedai ikan di Rawang (lokasinya dekat-dekat dengan Tesco Rawang). Harga batu dalam RM8 sekilo.
  3. Tanah dan pasir beli kat Aquascape Paradise, Shah Alam. Harganya kalau tak silap RM35x2 pack untuk tanah dan RM5x1 pack untuk pasir.
  4. Java moss RM10 per pack juga dibeli dari Aquascape Paradise, Shah Alam.
  5. Hang On Back filter jenama Fluval (model C2) beli kat Lazada dengan harga RM115.
  6. Gas CO2 guna tank yang sedia ada. Buat sambungan dari tangki pertama penulis.
Dan kini setelah 2 bulan tangki ini beroperasi, beginilah rupa tangkinya. Dah jadi macam hutan pun ada. Batu-batu pun dah tak berapa nampak. Penulis perlu luangkan masa sikit untuk cantas pokok-pokok akuatik mana yang perlu.

Gambar terkini.

Sekian dulu dari penulis. Hingga kita berjumpa lagi di lain siaran.

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.