Pages

Sunday 17 September 2017

Bonsai: Tolong kawan rawat Bonsai Santalia Part 2

Bonsai Santalia; Pokok B dan Pokok A.


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Hari ini penulis nak sambung berkongsi pengalaman merawat pokok bonsai Santalia milik rakan sekerja. Ada 2 pokok yang penulis namakan Pokok A dan Pokok B.

Untuk pengetahuan, penulis telah melakukan aktiviti siraman dua (2) kali sehari iaitu kali pertama sebelum pergi kerja lebih kurang jam 6.15AM dan kali kedua pada jam lebih kurang 7.00PM (baru sampai rumah dari tempat kerja)

Pokok Bonsai Santalia A


Penulis mulakan dengan Pokok A. Jika diperhatikan pada dahan-dahan, sudah ada pucuk yang baru tumbuh.


Contohnya seperti dalam gambar diatas. Dahan-dahan kecik sudah mula mengeluarkan daun baru.


Yang ini pula dahan yang sebelah kiri. Sudah banyak daun yang tumbuh.


Sama seperti dahan yang ini. Daun-daun kecil sudah mula tumbuh.


Walaubagaimanapun terdapat juga dahan yang sudah kering tiada daun. Dari pengamatan penulis macam dah mati.


Di bahagian bawah pula, dahannya masih hidup. Daun baru pun dah tumbuh tapi tak banyak lagi. Mungkin sebab baru seminggu.


Ada satu dahan ni penulis perhatikan dibahagian hujung macam dah mati tapi dibahagian tengah sudah ada pucuk baru. Jika benar apa yang penulis perhatikan ni, mungkin penulis akan potong dahan yang mati (bahagian hujung) dan biarkan bahagian yang hidup tumbuh dengan pesatnya.

Pokok Bonsai Santalia B


Gambar diatas pula adalah Pokok B. Pokok ini lebih banyak daun atau pucuk-pucuk yang baru tumbuh.


Sudah banyak daun-daun yang baru tumbuh walaupun baru seminggu dirawat.


Seronok pulak bila penulis tengok pucuk-pucuk yang baru tumbuh ni.



Ada jugak dahan-dahan yang penulis rasa dah mati tapi penulis belum nak cantas sebab masih menaruh harapan.


Kalau tengok pada dahan (rujuk gambar di atas) yang bawah ni, nampak gaya macam dah mati. Tapi sama juga, penulis takkan cantas lagi sehingga betul-betul pasti.

Alhamdulillah setakat ini kedua-dua pokok menunjukkan progress yang baik. Walaupun baru seminggu dirawat, pokok-pokok ini sudah mula memperlihatkan potensi untuk hidup dengan subur.

Penulis akan teruskan monitor pokok-pokok ini dalam masa sebulan sebelum dipulangkan kepada tuannya.

Setakat ini sahaja dahulu untuk entri kali ini. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri.

Sekian.

2 comments:

  1. macam rumit penjagaan pokok bonsai ni.
    patutlah nilainya sangat tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam rumit tapi bila kita ada asas menanam dan pengetahuan, rasanya taklah serumit mana. WP dah banyak pengalaman dan ilmu mengenai tanaman.. rasanya penjagaan pokok bonsai ni taklah susah bagi WP.

      Delete

TERIMA KASIH diucapkan atas komen anda. Setiap komen akan dibalas dengan kadar segera. Klik pada checkbox "Notify me" untuk baca balasan dari saya atau komen dari pengunjung lain. Sila berkunjung lagi.